Bertunang Tanpa Disedari

Mengikut hukun feqah,bertunang bererti apabila seseorang lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Apabila seorang wanita ini sudah dipinang oleh seorang lelaki, makaharam bg lelaki lain melamar perempuan tersebut. Hal ini byk berlaku pada hari ini terutamanya golongan remaja.

SITUASI YANG DIANGGAP BERTUNANG

Saya nk kawin dgn awk bila smpai masa nanti..insyAllah

Saya pn sama jgk

Bagi wanita yang tidak sempurna akalnya,wali merekalah yang mesti menjawab bg tunangan tersebut. Kita sentiasa menganggap bahawa bertunang mestilah wakil lelaki berjumpa wakil perempuan untuk meminang beserta hantaran dan sebagainya. Sebenarnya, semua itu hanyalah adab sahaja bukannya hukum.

Fitnah-fitnah Dajjal

Persoalan tentang dajjal adalah termasuk persoalan al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil… hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah bahtera nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Jadi tidak perlu meneka bagaimanakah dajjal yg sebenarnya tetapi persiapkan diri dengan istiqamah diatas jalan agama agar apabila munculnya dajjal kita akan terselamat dari fitnahnya. Agamalah sebenarnya penawar dari segala malapetaka samada besar atau kecil

Hukum Memakai Cincin, Gelang & Rantai

1. Cincin

Memakai cincin merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek:

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

2. Gelang Tangan

Rasulullah S.A.W melihat pada pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,lalu baginda bertanya kepada lelaki tersebut: “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ini adalah gelang perubatan”. Lalu Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun untuk tujuan perubatan),maka buanglah benda itu dari drir anda, sekiranya anda mati dan benda itu masih berada di tangan anda, maka anda tidak akan berjaya(selamat) untuk selama-lamanya.(hadith riwayat Iman Ahmad)

Namun begitu,terdapat dua pendapat ulama yang berbeza mengenai pemakaian gelang tersebut. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pendapat satu lagi mengatakan bahawa menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

Persoalan lain, adakah pemakaian gelang yang diperbuat daripada tembaga untuk tujuan perubatan dibernakan tau termasuk dalam syirik kecil? Al-Ustaz Muhammad Sa’di(Penyelidik laman Islam-online) berkata: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Al-wahinah(larangan memakai gelang) di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Oleh itu,pemakaian gelang oleh lelaki bagi tujuan perhiasan supaya kelihatan ‘macho’ dan bergaya jelas hukumnya haram. Ini kerana, menurut Islam, gelang merupakan perhiasan untuk wanita sahaja.

3. Rantai

Apabila ditanya “mengapakah memakai rantai?”, ramai menjawab: “rantai ini bukanlah dari emas atau perak”. Emas dan perak bukanlah persoalannya. Tetapi gelang merupakan salah satu perj=hiasan wanita menurut Islam. Haram hukumnya menyerupai wanita walaupun dari segi perhiasan ataupun baju. Paling menyedihkan bagi umat Islam ialah jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, janganlah sesekali kita memakai perhiasan-perhiasan wanita ataupun agama – agama lain kerana ianya amat ditegah di dalam Islam. Sekian… Wallahu a’lam

sumber daripada: http://feryco.com/hukum-memakai-cincin-gelang-tangan-dan-rantai-leher-bagi-lelaki-islam

 

Keberkatan Seorang Guru

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam. Kelahiran Rasulullah s.a.w bersama suluhan wahyu telah berjaya mengangkat umat manusia ke arah tamadun yang tinggi berteraskan nilai material dan kemanusiaan. Melalui al-Quran banyak ditekankan mengenai kelebihan orang yang berilmu, begitu juga melalui rangsangan hadis nabi yang menyeru agar kita menyelamatkan diri kita daripada belenggu kejahilan. Apa yang mesti kita sedar dalam menimba ilmu pengetahuan ialah mengenai adab yang mesti kita jaga agar kita menjadi orang berilmu dan beradab. Antaranya ketika kita mahu belajar maka buanglah segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain. Kita dapat lihat bagaimana sikap rendah diri dan menghormati guru serta membuang segala keistimewaan yang ada pada diri melalui sebuah kisah sebagai renungan bersama di mana Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam Malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya yang paling masyhur iaitu Muwatta’. Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

Pelajar juga mesti duduk dalam keadaan beradab apabila belajar dan jangan lakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati guru. Kita lihat bagaimana yang berlaku kepada imam Syafie yang merupakan seorang yang rajin belajar dan kuat ingatan. Pernah suatu ketika beliau datang belajar tetapi tidak mempunyai kalam dan kertas untuk mencatat apa isi penting yang disampaikan oleh guru disebabkan beliau tidak mampu membelinya. Beliau hanya mencatat isi penting itu dengan menggunakan lidi yang dibasahkan dengan lidahnya dan kemudiannya ditulis ditapak tangan. Si guru yang melihat telatah imam Syafie lalu memanggilnya setelah tamat kuliahnya. Si guru begitu marah dengan apa yang dilakukan oleh imam Syafie kerana beliau menganggap imam Syafie tidak menumpukan perhatiannya kepada kuliah yang disampaikan sebaliknya hanya bermain-main sahaja dengan lidi. Imam Syafie menafikannya dan menerangkan bahawa dia telah mencatat semua ilmu yang telah diajar oleh guru tersebut di mana beliau turut menerangkan tentang ketidakmampuannya untuk memiliki kalam dan kertas sebagaimana oleh lain kerana tiada wang. Si guru terus mengujinya bagi membuktikan kebenaran dakwaannya itu lalu imam Syafie membaca kesemua isi kitab yang telah dibaca oleh guru tersebut sebentar tadi dan apa yang dicatatkannya daripada isi penting di telapak tangannya itu. Si guru begitu kagum dengan ingatan imam Syafie yang begitu kuat.Inilah ia bagaimana seseorang guru akan terasa kurang dihormati apabila melihat muridnya membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hatinya terutama ketika pembelajaran berlangsung. Kita juga dapat lihat bagaimana imam Syafie mampu menjelaskan dengan baik dan sopan kepada gurunya tentang perkara sebenar yang berlaku sehingga guru berpuas hati dan sayang kepada muridnya itu.

Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa dalam mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk kita jadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap. Kita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan. Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doa orang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul.Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walau pun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

1. Sedekah Jariah

Pada 23 Julai 2010, Jumaat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan satu khutbah berkenaan sedekah dan sumbangan yang x memutuskan amalan kita. Kata beliau, sedekah atau sumbangan yang mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid. Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi drpd sedekahnya td, sebuah masjid dpt dibina. Dan masjid itu digunakan untuk membuat sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah turut mendapat pahala sebagaimana dia[ orang yg menggunakan masjid ] membuat kebajikan. Dan mengapa Allah menjanjikan sedemikian? Kerana x ramai org yg sanggup membelanjakan harta ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup berkelahi. Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia. Dan disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama Islam.

2. Ilmu yang Bermanfaat

Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ] untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.

3. Doa Anak – anak Soleh

Didikan agama sejak anak – anak masih kecil perlu bg menjadikan mereka( anak – anak) menjadi anak yg soleh. Kita dpt melihat betapa anak – anak sekarang menjadi rosak gara – gara masalah sosial. Gejala sosial semakin menjadi – jadi. Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbar – akhbar tempatan malah indeksnya juga semakin meningkat saban tahun. Di bandar – bandar besar, anak – anak gadis yang mendakwa dirinya Islam sudah tidak mengambil berat tentang aurat. Mereka membuka aurat mereka di khalayak ramai sehingga menjolok mata lelaki – lelaki. X cukup dgr perbuatan itu, mereka membonceng motorsikal bersama teman lelaki mereka smbil berpeluk – pelukan. Lagak mereka sama seperti org kafir yg menolak Islam. Adakah anak – anak seperti ini yang Allah mendengar doanya??Dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka??Jawapannya sangat mudah. IBUBAPA lah yg bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukan oleh anak – anak mereka. Dgn memberi didikan awal terhadap anak – anak, mereka akan menjadi org yg soleh dan seterusnya mendoakan kesejahteraan kita sama ada kita masih hidup atau pun telah pergi meninggalkan dunia kerana Allah mendengar setiap doa anak yg soleh.

Sembilan Jenis Syaitan Laknatullah

Sayyidina Umar al – khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak Syaitan :

1. Zalituun.

* Duduk di pasaraya / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang – barang yang tidak perlu.

2. Wathiin.

* Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan.

* Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama’.

4. Haffaf.

* Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat – tempat maksiat. (contoh : Disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah.

* Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan sebagainya.

6. Masuud.

* Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata -kata mulut.

7. Daasim. (berilah salam sebelum masuk ke rumah)

* Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai – berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak – anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan.

* Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat – ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus.

* Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

** Setiap hari di mana Syaitan2 ini akan mengganggu kehidupan harian dan mengahsut tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat.

Semoga kite terlindung dr hasutannya. InsyaAllah.

di petik dr http://nine.gapuranetwork.net/

Andai Al-Quran Bisa Bicara

Andai Al-Quran bisa bicara, ia akan berkata:

“Waktu kau masih anak – anak,
kau bagai teman sejatiku,
dengan wudu’ kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras,

Sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak
tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang?
yg tinggal sejarah?

Kau simpan aku dengan rapi,
kau biarkan aku sendiri,
Aku menjadi kusam dalam almari
berlapis debu dimakan kutu

Ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku setiap hari,
kerana aku akan menjadi
PENERANG DI DALAM KUBURMU!!

Aurat Wanita Bukan Sekadar Bertudung

Zaman semakin moden. Tapi Hukum Islam tetap sama seperti mana ajaran Allah. Tapi pada zaman yg serba Moden ni, umat Islam sudah lalai dgn perkara dunia. Surau & masjid ditinggalkan. Konsert2 di agung2kan. Artis2 dijadikan idola. Hukum Al-Quran di pandang remeh. Lesen2 judi diluluskan.

Begitu jugak dgn Gadis2 & wanita pd generasi hari ni. Mereka memendang remeh pd suruhan Allah utk menutup aurat. Ada jugak yang menutup aurat di kepale, tapi mendedahkan anggota lain.Firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]

Aurat wanita adalah bermula dari hujunh rambut hingga ke hujung kaki kecuali wajah & telapak tangan. Tapi ape yg kite dapat lihat sekarang, gadis2 yang menganut agama Islam sudah tidak memperdulikan hal itu lg. Ada yg memakai tudung,tetapi berbaju & berseluar ketat. Ada yg memakai baju kurung, tetapi tidak bertudung. Paling malang, ada jugak yg tidak bertudung malah berbaju dan berseluar ketat. Tidak cukup dgn itu, mereka jugak mewarnwkan rambut mereka. Apabila diperiksa ic mereka, pd ic mereka tercatat mereka ini menganut agama Islam. Tetapi luarannya seperti org kafir laknatullah. Hal ini semestinya memburukkan imej Islam pd pandangan org bukan Islam.

Perkara seperti inilah yg mendorong kpd naiknya nafsu lelaki seterusnya mendorong kepada berlakunya zina. Saya pernah mendengar kata Ustazah di sekolah saya, katanya:

“Lebih baik berjalan di belakang seekor harimau yg kelaparan drpd berjalan di belakang wanita yg tidak menutup aurat”.

Dr sini, kita dpt lihat bertapa bahayanya perempuan2 yg tidak manutup aurat. Saya juga pernah mendengar Ustaz di kampung saya berkata, dalam Al-Quran tertulis bahawa:

“Kebanyakan penghuni neraka terdiri drpd kaum wanita kerana mereka tidak menutup aurat.”

Cuba bayangkn. Sehelai rambut dinampakkan, maka satu dosa timbul. Sekiranya seluruh rambut wanita dinampakkan, tidak terhitum banyaknya. Marilah kita sama2 muhasabah diri kita. Yang lepas, marilah bertaubat. Yang mendatang, berazamlah supaya tidak mengulanginya lagi agar taubat kita diterima Allah S.W.T

Helo dunia!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!